Assalamualaikum & Alhamdulillah dipanjangkan usia kita bertemu lagi ^-^
Pagi Isnin yang agak mendung di sini setelah seharian semalam hujan turun bersambung pula di Subuh Isnin ni, tapi digagahkan juga menahan kesejukan menaip entri terbaru.
Semalam dapat hadirkan diri ke majlis kenduri kahwin seorang teman, Alhamdulillah pengantin bagaikan merpati dua sejoli manis bergaya, teringat saat2 manis ketika perkahwinan aku empat tahun lalu. Semoga kedua pengantin beroleh kebahagian hingga ke akhir hayat mereka. Amiin.
gambar ehsan CMG |
Kenapa payah sangat nak cuci kulit telor sebelum digunakan untuk memasak, mengukus, merebus & menggoreng? Memanglah waktu kenduri telor yang dibeli teramatlah banyak tapi kakitangan kumpulan rewang kan ramai, agihkanlah tugas untuk mencuci telor ayam tu. Haish, nak bagi orang makan tahi ayam pulak ye. Korang pulak macamna berselera ker bila makan telor bersalutkan kotor especially taik ayam tu? Hiiii aku surrender sanggup tak makan biarlah menunya sedap sekalipun.
Al-Fatihah untuk arwah owner telordibasuh.blogspot.com ,
semoga bersemadi dengan aman di sana ='(
p/s : payahnya la hai, masak sendiri tak berapa nak sedap, bila makan luar banyak pulak sangka bukan2nya. Kena belajar masak dengan Cik Mat Gebu la macam ni.
9 comments:
btul.. xde slera bile nmpak tgk telor tu xcuci... kadang2 sakit ati jugak.. kalo nk bg, bg la yg leklok.. nmpak sgt bg telor sbb adat.. bukan sbb nk bg..
sabor jelah ~
kesimpulannya..masak lagi selamat. tak de was was.. buang sikap malas tu sikit. Saya pun cam tu gak.. MAsak cincai pun sodap. hehehe :)
Jom baca ni :Jom kenali Siti Soleha atau Nora Elena.. Bintang yang bakal bersinar?Rupanya Adik Sam Bunkface..
dari kecik mak dah ajor basuh telor sebelum guna. ahem. telor2 di rumah saye insyaAllah bersih tau :-)
hanani : bukan malas cuma tak rajin jer hihi.
ija : Alhamdulillah,berkat rezeki tu.
alamak.. siapapun takkan berselera kalau nampak benda mcm tu kan.. hehe
@ ADZA IRDAWATI aka MAK DARA yes mak, betul3..
yerkk! xlalu nk mkn~
@ emieysandra jangan sampai tak makan langsung, nnt kurus pulak badan tuu..hihi
Post a Comment