ads ads ads ads ads ads ads ads
singgah baca di sini >>>> www.1001impianhidup.com

Sunday, April 10, 2011

Blogger bergelar Isteri sila baca & komen..

Cuaca yang sememangnya sudah mendung bertambah la mendungnya seakan2 faham apa yang aku rasa sekarang. Hati dan perasaan aku sekarang tak ada siapa yang sudi mendengar, atau memujuk dan mengasihani aku. Aku keseorangan menangis berjurai2 air mata jatuh berderai terasa hangat, tak ada siapa yang sudi mengesatkannya sekarang. Aku keseorangan, kesunyian bertemankan blog yang sudi menjadi pendamping setia untuk aku meluahkan perasaan.


Wahai teman blogger bergelar isteri / menantu di luar sana..sekadar ingin berkongsi perasaan dan pandangan sekiranya sudi. Teman blogger yang bergelar suami juga dialu2kan meluahkan pendapat, tak salah aku lagi menghargainya.

Situasinya begini..

Pada mulanya, aku bergurau dengan suami tengok dia punya girlfriend kat Melodi si lisa surihani tu..tak pasal2 si ibu mertua ni terpacul spontan dengan muka selamba bercerita depan aku pasal ex-girlfriend my suami. Bukan sorang dua orang ex-girlfriend dipuji2 cantik, hensem (bahasa orang tua), baik orangnya..perghh..korang rasa apa perasaan aku masa tu?? cuba bayangkan korang kat tempat aku..

Bukan setakat dipuji2, siap ibu mertuaku bertanya kat suami dah berapa orang eh anak dia sekarang? Aku masih boleh bersabar lagi masa sesi soal jawab tu berlangsung. My suami tak jawab pun cuma err..aaa..emmm..dalam suara dengar tak dengar sambil tutup mukanya dengan paper Metro Ahad yang dibacanya. Amboiii..ibu mertua aku tu selamba badak je bercerita macam tu, FOR WHAT??? nak bagi aku sakit hati ke, nak buat aku cemburu ke? Siap ada kata ending yang aku takkan lupa sampai bila-bila pun..''DAH TAKDE JODOH'' sambil tersenyum basi kat aku.

Aku tau aku bukan menantu yang jadi pilihan dia, tapi sekurang2nya tau la jaga perasaan aku yang selama ni cuba jaga hati dia, melayankan apa kemahuan dia, dengarkan aje apa yang dibebelkannya..semua tu ibu mertua aku tak fikirkan semasa dia bercerita pasal ex-gf anak dia dulu. Tu pasal anak tu? hint2 dia nak cucu sebenarnya tu, aku faham sangat2..Hmmm sekarang aku da nampak perangai / watak sebenar ibu mertua aku. Dia da mula nampakkan 'taringnya'..dia belum tengok lagi aku punya 'kuku tajam nak mencakar' ni..


Ayat tak boleh BLAH!!!..


Thanks sudi melayan entri ni dear, i really need ur advices & tips to handle all this ;') 



5 comments:

Qamaruls said...

sabar je laa ye kak.
kalau ngn ibu bapa ni bersabar jelaa..
kalau nak marah pun marah dlm hati jelaa..

ha3 itulaa die nasehat dr laki bujang

Unknown said...

thanks Qamarul, gud tips from u dear.

Geng Borak said...

mertua nak cucu laa tu... leyza dah cuba cara moden dan tradisional?

-zxc- said...

please don't be sad kak. idup ni mmg byk dugaan, dugaan care sng or susah. Terpulang pd yg Maha Esa tentukan. akak byk kn bersabar okay, anggap ni sbg penguat semangat akak makin b'kobar2 :) I know u can face it even though it's hurt.
'kak, lalat menghampiri na..'
:P

@in kh@lid said...

sis...angaplah tue asam garam rumah tgga ..perangai ibu mertua tue pelengkap rasa...kalau cam sy nie tk sempat rasa ada ibu mertua...bila org crita pasal kerenah ibu mertua teringin jugak nk rasa...sbb tanpa kerenah ibu mertua dlm sesebuah rumah tgga ibarat gulai tnpa garam....tawar dan hambar....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

i'm campaigning Churp2 ..

ads ads ads ads ads ads

Beautiful Nara